Ada pengkaji yang mengaitkan kawasan Barus yang
terletak di Sumatera Utara, Indonesia dengan tempat asal isteri ketiga Nabi
Ibrahim iaitu Keturah atau Qanturah.
Ada yang berpendapat bahawa nama
"Katurah" berasal dari perkataan Ibrani "Qetura," yang
bermaksud "kemenyan," dan dipercayai bahawa beliau berasal dari suku
yang berurusan dengan kemenyan. Dan dipercayai Keturan ini dari kawasan Barus.
Adakah dakwaan ini benar?
Barus merupakan sebuah bandar pelabuhan
bersejarah yang pernah dikenali sebagai pusat pengeluaran dan perdagangan kapur
barus dan produk aromatik lain.
Sejarah Barus bermula pada abad ke-6 ketika ia
adalah sebahagian daripada Empayar Srivijaya, yang merupakan kerajaan maritim
yang berkuasa mengawal perdagangan di Asia Tenggara.
Barus merupakan pusat perdagangan yang penting
dalam tempoh ini kerana lokasinya yang strategik di pantai barat Sumatera
Utara, yang menjadikannya pelabuhan yang ideal untuk berdagang dengan India,
China, dan bahagian lain di Asia Tenggara.
Pada abad ke-14, Barus berada di bawah kawalan
Empayar Majapahit, merupakan sebuah kerajaan dominan yang memerintah sebahagian
besar Indonesia.
Dalam tempoh ini, Barus terus menjadi pusat
perdagangan yang penting, dan ia juga terkenal dengan pengeluaran kapur barus,
yang sangat bernilai untuk perubatan dan digunakan dalam upacara keagamaan.
Barus mencapai kemuncak kemakmurannya pada abad
ke-16 apabila ia diperintah oleh Kesultanan Aceh, yang merupakan kerajaan Islam
yang berkuasa yang menguasai sebahagian besar Sumatera.
Kesultanan Aceh menggalakkan pengeluaran kapur
barus dan produk aromatik lain, dan Barus menjadi pusat perdagangan utama
komoditi ini.
Pada abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Belanda
(VOC) menguasai Barus dan perdagangannya. Belanda mendirikan kilang di Barus
dan memonopoli perdagangan kapur barus dan produk aromatik lain.
Penguasaan VOC ke atas Barus berlangsung
sehingga abad ke-19 apabila kerajaan Hindia Belanda menghapuskan monopoli VOC.
Kembali kepada persoalan tadi, adakah benar Qanturah berasal dari
Barus?
Nama Qanturah ada disebut dalam tiga agama iaitu Islam, Kristian, dan
Yahudi. Menurut sejarah Islam, beliau adalah hadiah yang diberikan oleh Allah kepada
Nabi Ibrahim selepas baginda berpisah sementara dengan isteri keduanya, Hajar.
Qanturah disebut sebagai isteri Nabi Ibrahim dan ibu kepada enam (6)
orang anak dan anak-anaknya itu bertebaran keseluruh Tanah Arab, Indo-China, Tanah
Melayu dan Asia Tenggara.
Siapa nama anak-anaknya? Teruskan menonton dan akan dijawap pada bab
seterusnya dan dipercayai Syed Hussein Jamadil Kubra ada perkaitan
dengan cucu cicit Qanturah.
Anak-anaknya ini akan melahirkan zuriat sebagai raja, pendakwah, wali
dan golongan yang membawa syiar islam keseluruh alam.
Qanturah disebut sebagai wanita yang taat dan bertakwa kepada Allah dan
sering disebut sebagai wanita contoh yang soleh dan beriman dalam Islam.
Terdapat pandangan menarik yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari keturunan (Bani) Qantura’. Bani Qantura’ dikatakan sebagai isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Namun, perlu diingat bahawa kajian ilmiah mengenai perkara ini belum mencukupi, belum muktamat dan pendapat ini masih dalam perdebatan.
Dalam kitab-kitab syarah berkaitan hadis Bani
Qantura’, terdapat beberapa pandangan ulama hadis berkenaan Asal Usul Bani
Qantura’:
Dalam kitab Perjanjian Lama, nama Qantura’
disebut sebagai Keturah atau Qaturah. Nabi Ibrahim AS mengahwini Qantura’
selepas kewafatan Sarah dan perkahwinan itu melahirkan enam orang anak iaitu
Zimran, Yokshan, Medan, Midian, Ishbak, dan Shuah.
Imam at-Tabari meriwayatkan daripada Ibn Ishaq
bahawa keturunan Yokshan tinggal di Makkah, manakala Medan dan Midian tinggal
di Madyan. Ada juga antara mereka yang tinggal di Khurasan.
Nama Qantura’ muncul dalam beberapa riwayat,
dan ada yang mengaitkannya dengan bangsa Turk.
Ramai ulama hadis menafsirkan bahawa Bani
Qantura’ merujuk kepada bangsa Turk. Ini dinukilkan oleh Imam al-Baihaqi dan
Imam al-Khattabi.
Menurut mereka, Qantura’ adalah nama seorang
hamba perempuan Nabi Ibrahim AS yang melahirkan beberapa orang anak, dan bangsa
Turk datang daripada keturunan mereka.
Ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa Bani
Qantura’ akan sampai ke satu tempat yang dinamakan Basrah, di sisi sungai
Dijlah. Di sana, mereka akan berpecah menjadi tiga kelompok: yang bertani, yang
kufur, dan yang berperang. Yang terbunuh akan menjadi para syuhada’.
Bani Qantura’ adalah keturunan Nabi Ibrahim AS
dan isteri ketiganya. Mereka memainkan peranan dalam sejarah dan peristiwa di
Timur dan Asia Tenggara.
Dalam beberapa pandangan, Bani Qantura’
dikaitkan dengan keturunan Melayu dan bangsa sekitar Nusantara, termasuk bangsa
Turk.
MAKLUMAT SUMBER BATIN
Adakah Qanturan, isteri ketiga Nabi Ibrahim ini
benar-benar wujud atau tidak?
Menurut maklumat sumber batin, petunjuk dari
Allah bahawa, Qanturan, isteri ketiga Nabi Ibrahim ini memang seorang tokoh wanita
yang benar-benar wujud. Bukan rekaan atau sangkaan.
Ada beberapa perkara yang akan saya jelaskan
dalam video ini. Sila tonton video ini sehingga habis.
Nabi Ibrahim memang mengahwini Qanturan selepas
berpisah sementara dengan Siti Hajar dan anaknya Ismail di kawasan kering dan
tandus yang kini dikenali sebagai Mekkah.
Selama ketiadaan Nabi Ibrahim itu sebenarnya
baginda diperintahkan Allah supaya ke Timur Jauh untuk berdakwah. Apabila tiba
disatu kawasan baginda diperintahkan berkahwin dengan anak kepada pemerintah di
kawasan itu.
Maka disitulah terjadinya perkahwinan diantara
Qanturan dengan Nabi Ibrahim dimana Qanturan ini adalah Puteri Raja Champa yang
berketurunan Melayu Cham. Bukan hamba, bukan orang suruhan dan bukan orang gaji
seperti mana dakwaan.
Nama Qanturah adalah
nama sebenarnya dan nama itu diabadikan di satu kawasan di Champa. Pada zaman
Kerajaan Champa, kawasan ini dikenali sebagai Kauthura, tetapi sekarang dikenali sebagai Nha Trang. Ini bermakna kawasan Kauthura atau Nha Trang ini dulunya adalah pusat pemerintahan kerajaan Champa.
Dalam pengkajian Profesor Solehah, nama sebenar
Qanturah
adalah Raja Qanturah Gemalai Sakti atau Puteri Siti Nurul Alam atau Buih
Gelombang Tujuh.
Kerajaan ini dulunya bukan kerajaan Hindu atau
Buddha tetapi mengamalkan agama yang mentauhidkan tuhan yang satu, pencipta
segala yang dilangit dan bumi. Apabila datang dakwah Nabi Ibrahim ke Champa,
maka mudahlah Kerajaan dan rakyat Champa menerimanya.
Diatas kemulian Nabi Ibrahim itulah, Raja
Champa ketika itu mengahwinkan Puterinya dengan Nabi Ibrahim. Selepas berkahwin
dan beberapa lama di Champa, Nabi Ibrahim pulang ke negaranya dengan dibawa
sekali Qanturan, isteri ketiganya itu.
Berbalik kepada persoalan awal video tadi,
adakah benar Siti Qanturah dari Barus, Sumatera? Jawapan adalah tidak. Qanturah
bukan dari Barus, Sumatera tetapi dari Champa.
Champa ketika itu pun ada perdagangan wangian
dan gaharu yang tersebar keseluruh timur tengah, china dan asia tenggara kerana
Champa miliki pusat pelabuhan entrepot yang tidak kurang hebatnya pada zaman
itu.
Setelah berapa lama Qanturan berada di negara
suaminya, Qanturan telah dihantar pulang semula oleh Nabi Ibrahim ke negara
asalnya iaitu Champa atas perintah Allah supaya dapat melahirkan zuriat yang
bertaraf wali di Champa untuk sebarkan dakwah agama Islam ke seluruh Asia
Tenggara di masa akan datang.
Walaupun terdapat banyak pandangan dan riwayat
mengenai Bani Qantura’, kita perlu mengambilnya sebagai ilmu yang masih dalam
penyelidikan dan perdebatan. Sejarah dan asal usul suatu bangsa seringkali
kompleks dan memerlukan kajian yang mendalam.
Kesimpulannya, kisah Qanturah merupakan salah satu aspek menarik dalam
sejarah Islam dan banyak pandangan dan perdebatan tentangnya sehingga hari ini.
Ini adalah salah satu contoh bagaimana sejarah dan wahyu dari Allah kepada nabi
dan rasulnya dalam Islam memberikan petunjuk dan pemahaman kepada kita sebagai
umat manusia.
TAMAT
Untuk memahami secara visual kisah ini, boleh tonton video di channel Youtube, Studions Production pada link ini:
#StudionsProduction #ExplorasiMisteriMistik #SejarahIslam #SejarahQanturah #sejarahislam #history #sejarahmelayu
Comments
Post a Comment