Makam Diraja Bukit Keledang merupakan tempat peristirahatan terakhir bagi para Sultan-sultan Terengganu. Terletak di Kuala Terengganu, tempat ini memancarkan ketenangan dan kemegahan kerajaan. Dengan senibina Melayu klasik yang indah, makam ini adalah penghormatan kepada pemimpin-pemimpin negeri ini dan merupakan saksi bisu sejarah berkuasanya mereka.
Bukit Keledang pernah menjadi pengkalan bagi pedagang yang memunggah hasil dari hulu sungai Terengganu pada abad ke-18. Ia juga pernah menjadi tapak asal istana Sultan Terengganu pertama, iaitu Sultan Zainal Abidin I (1708 - 1733M) yang mendirikan sebuah istana dan sebuah kota yang dikenali sebagai kota lama.
Explorasi ke makam
Pada hujung bulan Disember Tahun 2020 lepas saya berkesempatan ke Terengganu untuk menziarahi makam Diraja Bukit Keledang yang terletak dalam Bandar Kuala Terengganu.
Kesempatan ini adalah kerana sy telah mendapat mimpi dan gerakkan hati untuk ke sana dalam waktu yang singkat. Menziarah ke makam Sultan pertama Terengganu ini bukan di rancang awal. Bukan mudah untuk saya ke negeri yang jauh beratus kilometer dari tempat saya. Apa yang menyebabkan saya beriya-iya untuk ke makam Bukit Keledang ini saya pun tidak pasti tetapi selain makam Sultan Zainal Abidin 1 ini, rupanya ada makam ulama yang sezaman dengan baginda sultan. Terdapat 3 makam ulama di kawasan makam ini dan hanya satu makam sahaja yang saya dapat melalui sumber batin. Apakah seterusnya yang terjadi? Nantikan explorasi video pada hari ini. Sumber: Batin, Wikipedia dan sejarah. _________________________Untuk memahami lebih mendalam kisah ini, boleh tonton video di channel Youtube, Studions Production pada link ini:
https://youtu.be/vnyXsXj8ST8
#ExplorasiMisteriMistik #MakamSultan #MakamBukitKeledangTerengganu
Comments
Post a Comment