PERTAHANAN AKHIR ZAMAN UMAT ISLAM


KENALI BRIGED ELIT AL-Q4SS4M

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, P4lestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Q4ss4m atau lebih dikenali sebagai al-
Q4ss4m; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh bINTANG DAUD.

Al-Q4ss4m, sebuah sayap tentera H4m4s, dipelopori penubuhannya oleh pejuang P4lestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama al-Q4ss4m diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Q4ss4m.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah G4z4, H4m4s untuk mengunjungi pusat latihan Al-Q4ss4m bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat P4lestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan al-Q4ss4m adalah untuk mempertahankan tanah suci P4lestin daripada penjajahan Bintang Daud yang zalim, membebaskan tanah P4lestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang P4lestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Q4ss4m pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-4qsa dan P4lestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di G4z4, bukan kerana serangan tentera Bintang Daud tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Q4ss4m yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Q4ss4m, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari G4z4 dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Bintang Daud menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Q4ss4m.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Q4ss4m sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Q4ss4m ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Bintang Daud di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin
shared by Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s

Comments

  1. MasyaAllah..menitis airmata ini tiada henti dengan semangat jihad yang hebat di kalangan pra syahideen ..Maha Suci Allah yg menganugerahkan jiwa yang tenang dan sukar sekali ...bg rakyat yang leka di Malaysia ini..dimengertikan dan diinsafkan ..semoga tertanam jiwa yang besar sebagai menjual diri dan hartabenda pada Allah untuk 
    Fisabilillah...
    Allahuakbar..mudahkanlah
    kembalikan kegemilangan Agama Muhammad SAW..

    ReplyDelete

Post a Comment